PROJEK PENDIDIKAN DIGITAL 2022 - NAIK TARAF CAPAIAN INTERNET SMK JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI SELANGOR

44182/105600.00

42 % Telah Disumbang

RM 44,182.00
Sumbangan
RM 105,600.00
Sasaran
206
Penyumbang

Tentang Kempen

Alhamdulillah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT akan melangkah setapak ke hadapan dengan visi Pendidikan Digital Untuk Semua iaitu menaik taraf capaian Internet di seluruh bangunan Sekolah Menengah Jalan Empat.

Kualiti Internet yang sedia ada sangat terhad dan tidak menyeluruh capaian ke semua bangunan sekolah terutama di kelas-kelas pembelajaran. Oleh itu pihak kompleks dengan kerjasama Internet Power Sdn Bhd akan membangunkan kemudahan infra ini bagi manfaat pendidikan anak-anak kita pada masa hadapan. 

Pihak Syarikat menyediakan satu landing page khas untuk sumbangan kepada projek ini yang berjumlah RM105600. Kos ini melibatkan pemasangan 32 unit akses poin ke seluruh bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat yang akan memanfaatkan kepada semua pelajar sekolah, para pendidik dan pentadbir serta akan memudahkan segala urusan pembelajaran dan aktiviti pihak sekolah. 

Projek ini akan dapat direalisasikan bersama dengan sumbangan dan sokongan daripada ibu bapa, warga alumni dan masyarakat sekitar dengan menyumbang serendah RM100 setiap orang dan hanya memerlukan 1056 orang dermawan dari kalangan ibu bapa, alumni atau pun masyarakat sekitar yang bermurah hati untuk melihat kejayaan projek ini pada masa hadapan. 

Besar harapan guru-guru sekiranya ada dari kalangan ibu bapa dan warga alumni yang berkemampuan dan berminat untuk menyumbang satu akses point yang berjumlah Rm3300 maka hanya memerlukan 32 orang penyumbang dermawan untuk manfaat projek ini pada masa hadapan. Jom bantu sekolah ke arah Pendidikan Digital Untuk Semua. Walaubagaimanapun tiada paksaan kepada ibu bapa, warga alumni dan sesiapa sahaja, kerana ini hanyalah ikhtiar dan perancangan untuk melihat ke arah pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan. Semoga setiap sumbangan anda akan menjadi saham akhirat yang  akan berkekalan sehingga akhir hayat kita.

Resit sumbangan akan diberikan melalui emel yang dihantar. Pakat share dan sebarkan kepada semua ibu bapa dan warga alumni untuk bersama menyumbang ke arah masa hadapan anak-anak kita.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Cikgu Rizal (011-1320 0898)

Sumbangan Online

Use this form to make an online donation . If this is for something specific, please note that in the comment box

1

PILIH JUMLAH SUMBANGAN

RM

RM

2

MAKLUMAT PENYUMBANG

Kempen Sumbangan Untuk PROJEK PENDIDIKAN DIGITAL 2022 - NAIK TARAF CAPAIAN INTERNET SMK JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI SELANGOR

3

PEMBAYARAN

SMK Jalan Empat